infopaytren.com
BREAKING

Minggu, 10 Februari 2013

VIDEO : GAMBAR PERSEMBAHAN SHILA PSY DAN ROSMAH DI PULAU PINANG DAN CERITA LAWAK DARI NAJIB UNTUK NAJIB.





Shila Hamzah.





Najib : Are u ready for psy?! 
Crowd : Yes !!!

Najib : Are u ready for bn ?!!

Crowd : Nooo!!!!!!
klik sini




Seramai kira-kira 30,000 orang memenuhi kawasan padang Kolej Han Chiang di Pulau Pinang hari ini untuk menyaksikan persembahan lagu ‘Oppa Gangnam Style’ oleh penyanyi pop Korea Selatan Psy.

Persembahan itu dianjurkan sempena majlis sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang yang turut dihadiri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang hadir bersama anak mereka Ashman dan Nooryana Najwa, tiba pada jam 10.48 pagi dan disambut dengan persembahan tarian singan dan perarakan chingay.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan kecewa sekiranya mendengar perbualan para pengunjung yang memenuhi kawasan belakang padang Kolej Han Chiang semasa sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang hari ini.


Najib turut ditemani bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin BN negeri Teng Chang Yeow, Teng Hock Nan, serta menteri pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen.

Ramai di kalangan pengunjung memakai baju berwarna kuning, hijau dan merah. Anggota Umno juga dilihat memakai warna merah seperti warna parti mereka.

Selain itu, ada di kalangan pengunjung yang memakai baju perhimpunan BERSIH.


Seorang daripadanya, Alex Tan, 27 dari Klang berkata beliau hadir untuk menyaksikan persembahan Psy dan untuk menyokong Pakatan Rakyat.
Dalam ucapannya di majlis itu, Najib antara lainnya bertanya para pengunjung sama ada mereka bersedia untuk menyaksikan persembahan rap Korea Gangnam Psy.

Najib mengulangi soalan itu sebanyak empat kali dan para hadirin berkenaan menyahut “Ya” dengan bersemangat.

Sebahagian daripada mereka bagaimanapun menunjukkan reaksi berbeza apabila ditanya sama ada bersedia untuk “BN”.

Kumpulan orang ramai di kawasan belakang padang tersebut menyahut “Tidak” dan tertawa.

Para penonton juga ketawa apabila Najib menyebut nama kolej Han Chiang dengan nama “Han Niang”, apabila mengumumkan untuk menaiktaraf kolej tersebut kepada universiti kolej.

Hadirin berkenaan turut ketawa apabila pengerusi majlis menjemput isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor untuk menyanyi lagu sambutan Tahun Baru Cina.

Rosmah ditemani beberapa pemimpin BN termasuk Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen di atas pentas.
NONE

Malaysiakini

Notakaki- Mencari orang yang jujur kepada agama sama seperti berenang di lautan api. Jarang dijumpai. Para mufti dan ustaz yang berdiam diri terhadap kebodohan, maksiat dan pembaziran yang dilakukan oleh UMNO/BN mungkin bimbang jika rezeki mereka terjejas. Kerana dalam sejarah, arwah Mufti Ishak Baharom (Selangor) telah dipecat atas arahan Perdana Menteri pada masa itu kerana menegur pertandingan ratu cantik. Maklumlah, rezeki ditangan kerajaan. Selain keji, bodoh dan memperbodohkan adalah sinonim dengan UMNO/BN.

BACA SINI  MUFTI SELANGOR DI PECAT KERANA PERTANDINGAN RATU CANTIK.

About ""

"BERBAGI ITU PENUH BERKAH" Silahkan beri komentar sesuai dengan tema postingan, dan saya akan segera berkunjung ke blog sobat,apabila postingan ini dianggap bermanfaat bagi teman-teman, silahkan sebarluaskan,"BILA TAK MAMPU BERBAGI KEBAIKAN, SETIDAKNYA JANGAN BERBAGI KEBURUKAN PADA YANG LAIN " Terimakasih.

Posting Komentar

 
Copyright © 2013 Insfirasi Wanita
Design by FBTemplates | BTT