KUALA LUMPUR- Pakatan Rakyat (PR) ‘cemburu’ dengan persetujuan penyanyi Korea Selatan, Psy untuk hadir membuat persembahan di majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional memandangkan mereka juga berkeinginan sama namun tidak berjaya.
Demikian reaksi spontan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kepada dakwaan PAS bahawa BN terdesak meraih undi daripada masyarakat Cina apabila menjemput Psy pada majlis berkenaan, Ahad ini.
“Dia (PR) bila kita buat dia cuba tuduh macam-macam, walhal dia nak jemput Psy tu pada satu majlis Pakatan Rakyat, tapi bila Psy hadir pada majlis kita, rosaklah program dia, dia tak dapat, dia kutuk la kita (BN),” kata Najib pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.
Najib juga turut menyatakan bahawa beliau berasa pelik dengan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mendakwa kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini bersifat perkauman.
Muhyiddin sebelum ini dilaporkan menggunakan perkataan ‘tidak cerdik’ apabila menghentam kenyataan Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP yang menghasut orang ramai hadir majlis Sambutan Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang memakai baju merah, hijau dan kuning mewakili DAP, gerakan anti-Lynas dan Bersih.
Muhyiddin berkata bahawa acara yang akan menampilkan penyanyi sensasi YouTube terkenal dengan lagunya, Gangnam Style itu sepatutnya menjadi sambutan gembira untuk menggalakkan perpaduan.
“Kita pun pelik dengan reaksi Guan Eng, padahal perkara biasa kita buat. Bukan kita tak pernah buat program besar-besaran di Pulau Pinang. Malah kita (BN) bukan bersifat ‘racist’ (perkauman), kita nak raikan sambutan Tahun Baru Cina, yang sangat bermakna kepada orang Cina,” tambah Najib.
notakaki- muak dan mual
okbai
Posting Komentar